Fakta Fertiliti : Umur Wanita
(Rujukan dari page IG dr.maiza)
18-24 tahun
‘If ever there was a “best” age to procreate purely form a physical standpoint, this would be it.’ Tahun paling mudah hamil.
1. Wanita menghasilkan telur yang paling berkualiti pada usia muda ini
2. Hamil pada usia muda ini mengurangkan risiko :
. kecacatan janin
. masalah kromoson
. masalah kesuburan
3. Kadar kesuburan semula jadi setiap bulan adalah sekitar 25%
25-34 tahun
1. Enam(6) dari 10 pasangan sihat berusia bawah 30 tahun berjaya hamil dalam 3 bulan pertama perkahwinan. Selepas usia 30 tahun, peluang untuk hamil mula menurun secara perlahan setiap tahun
31-35 tahun
1. Pada awal 30-an, kadar kesuburan wanita adalah separuh dari semasa berumur 20-an
2. Satu(1) daripada tiga(3) pasangan berusia 30-an akan mengalami masalah kesuburan
3. Pada usia 37 tahun, kadar kesuburan merundum secara mendadak & kemungkinan melahirkan bayi cacat meningkat
36-40 tahun
1. Kadar kesuburan merundum paling tinggi pada akhir 30-an & awal 40-an
41-45 tahun
1. Wanita masuk ke fasa awal perimenopausal di mana tubuh mula bersedia untuk menopause. Kitaran haid menjadi tidak tetap & semakin pendek.
2. Peratusan wanita hamil pada usia ini kurang 5 dari 100 wanita dalam setiap kitaran.
3. Walaupun tiada ubat/vitamin untuk meningkatkan kuantiti telur bagi wanita berusia, beberapa vitamin yang dapat membantu meningkatkan KUALITI telur :
. Co-Q10 enzyme (Ubiquinol) 200mf daily
. Vitamin E 250iu daily
. Folic Acid 5mg daily
. Vitamin D 200iu daily