1.0 PENGENALAN
Istilah Tamadun
berasal dari perkataan Arab dan perkataan Tamadun itu sendiri digunakan di
Malaysia sehingga kini. Terdapat pelbagai jenis tamadun diantaranya Tamadun
Islam, Tamadun China, Tamaduh India dan tamadun-tamadun yang lain. Mejuruk
kepada Tamadun China, ia mempunyai kesan sejarah dan banyak memberi sumbangan
kepada tamadun-tamadun lain di dunia daripada pelbagai perspektif, antaranya ekonomi,
ketenteraan, pertanian dan sebagainya kerana ilmu dan
hasil penyelidikan serta penciptaan yang menakjubkan.
Kefahaman
kepercayaan agama adalah aspek penting dalam masyarakat China kerana mereka
menganut pelbagai aliran agama tetapi berkait rapan dengan adat dan tradiri
mereka. Masyarakat China akan berpandukan kepada ahli falsafah kerana kefahaman
mereka berlainan satu sama lain pada ketika itu. Tamadun China mempengaruhi
perkembangan Sains Islam yang digunapakai sehingga ke hari ini. Salah satu
kemajuan teknogi kepada tamadun china adalah pembinaan Tembok Besar China. Tamadun
China bermula sejak tahun 2000 sebelum masihi dengan pembentukan dinasti paling
awal daripada kebudayaan Neolitik Lembah Sungai Hwang Ho (Sundra Raja &
Letchumanan, 1999). Dinasti Chang adalah dinasti yang pertama di kesan oleh
sejarawan.
2.0
TENTANG
TEMBOK BESAR CHINA
Seperti ramai yang sedia maklum, Tembok Besar China
adalah merupakan salah satu tujuh keajaiban dunia. Tembok Besar China adalah
binaan yang terpanjang di dunia dan binaan itu tidak memanjang secara lurus
kerana ia adalah gabungan tembok-tembok pendek yang mengikuti pergunungan di
utara China. Tembok ini pada asalnya dibina bagi tujuan ketenteraan pada abad
ke-9. Sejarah pembinaan tembok ini bermula di kawasan tengah China untuk
menghalang pencerobohan suku kaum dari bahagian utara China iaitu kaum Barbar
(tartar) Monggol. Ukuran tinggi Tembok Besar China bersamaan tinggi bangunan
tiga tingkat dan panjangnya lebih kurang 2410 kilometer dan mengambil masa 100
tahun untuk disiapkan oleh tenaga manusia sepenuhnya. Kerajaan pada masa itu
telah mengarahkan petani untuk membina tembok ini dan ramai yang telah mati
ketika pembinaannya. Tembok Besar China terbentang di sepanjang Shanhaiguan di
bahagian timur hingga ke Lop Lake di sebelah barat. Tembok Besar China pada
awal pembinaanya menggunakan batu dan kayu, kemudian batu bata panjang turut
digunakan manakala ditengahnya diisi dengan tanah atau ketulan batu.
3.0 SUMBANGAN
TEMBOK BESAR CHINA KE ATAS SAINS DAN
TEKNOLOGI
Tembok Besar China mempunyai nilai sejarah yang
luar biasa. Tembok ini digunakan sebagai banteng pertahanan tentera. Pembinaan
tembok ini mengambil masa yang lama dengan ukuran yang sangat besar. Walaupun
ia tidak dibina dengan teknologi yang canggih seperti hari ini, ia tetap
menjadi teknologi yang hebat pada zaman itu di mana tembok tersebut dibina
dengan jerih payah para petani dan rakyat jelata. Sains dan Teknologi China
wujud kira-kira pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11 sebelum masihi.
Masyarakat China sejak dari awalnya sangat menghargai kemahiran teknologi
khasnya kejuruteraan hidraulik kerana pada zaman itu mereka menggunakan kepakaran
tersebut untuk mengawal banjir yang berlaku di Sungai Kuning. Selain teknologi
hidraulik, teknologi melebur dan menuang besi ke acuan, pembuatan kertas dan
Loyang, pengeluaran porselin telah wujud ketika itu.
Seni
bina Tembok Besar China mempunyai reka bentuk yang unit dan ini menjadikan
Tamadun China berlainan daripada tamadun lain. Tembok yang dibina sejak Zaman
Dinasti Chou ini dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking dan diteruskan
oleh Dinasti yang berikutnya. Sementara itu di bandar-bandar China purba
seperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang juda dibina dengan rekaan yang
mempunyai tembok batu. Di bandar-bandar lain juga tembok dibina menggunakan
tanah liat malahan daripada lumpur. Terdapat pintu gerbang yang dikelilingi
oleh parit yang besar dan menara di kawasan tembok ini dan menempatkan kediaman
Maharaja. Istana Maharaja tersebut bernama Kota Larangan dan sehingga kini
masih kekal dengan mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan tersebut digunakan sebagai
Balai Penghadapan serta tempat Pagoda. Pagoda mempunyai bentuk seperti oktagon
dan segi empat sama serta mempunyai ketinggian sehingga 15 tingkat. Ilmu sains dan teknologi tamadun China muncul
sebelum Kota Melaka dengan pembuktian kemahiran meraka dalam bidang perkapalan.
Kemajuan sains dan teknologi China juga dapat dilihat dengan pembinaan terusan,
pembinaan Tembok Besar China, penciptaan kompas, perindustrian peleburan besi
dan senjata perang seperti meriam. Berikut diberi pencerahan ke atas Sains dan
Teknologi Tamadun China :
Mengikut Sejarawan, kompas
yang pertama juga telah dicipta oleh penduduk China pada abad ke-11 adalah
bertujuan untuk keagamaan sahaja. Kompas mengandungi anak panah yang diperbuat daripada
jarum besi bermagnet yang berdasarkan arah Utara, Selatan, Timur dan Barat.
Sejarawan British, Joseph Needham mengatakan bahawa kompas tersebut dicipta
berdasarkan beberapa artifak dan manuskrip. Jika dilihat dalam pembinaan Tembok
Besar China ini, penggunaan kompas boleh dijadikan bahan penting dalam kerangka
dan strategi sebelum bermulanya kerja-kerja pembinaan Tembok Besar China
tersebut. Kompas digunakan untuk menentu sesatu arah yang hendak dituju dengan
tepat. Jika pembinaan Tembok Besar China tidak menggunakan teknologi kompas,
adalah mustahil untuk pembinaan itu dibina dengan tujuan arah yang betul.
Pembinaan jalan tanpa tujuan dan arah yang tepat boleh menyebabkan jalan yang
dibina itu tidak menuju destinasi yang betul. Sehingga ke hari ini kompas amat
berguna bagi menentukan arah bagi pelayar-pelayar di laut. Kompas juga telah
berevolusi menjadi lebih canggih sepeti kompas digital dan berada di dalam
aplikasi setiap telefon pintar.
3.2 Sains dan Teknologi Kereta Kuda dan
Kereta Sorong Beroda
Penciptaan kereta kuda dan
kereta sorong beroda digunakan untuk tujuan pertanian dimana kereta sorong
beroda digunakan untuk mengangkut hasil pertanian manakala kereta kuda bagi
tujuan penghantaran hasil ke seluruh wilayah China. Penggunaan kereta sorong
beroda untuk mengangkut batu bata dan bahan-bahan binaan lain dalam proses
pmbinaan Tembok Besar China boleh dijadikan kajian yang lebih teliti. Kereta sorong
(wheelbarrow)yang dicipta pada kira-kira tahun 200 sebelum masihi ini banyak
meringankan tenaga manusia. Kereta sorong moden kini bukan sahaja digunakan
untuk mengangkut barangan tetapi di modenkan dan diinovasikan menjadi kereta
sorong bayi atau dikenali sebagai “baby
stroller”.
3.3 Sains dan Teknologi Bahan Letupan
(Gunpowder)
Bahan Letupan ini mula
ditemui pada kurun ke-7 di mana masyarat China menggunakan bahan ini untuk
membuat bunga api. Bahan letupan ini juga mula digunakan untuk membuat senjata
untuk digunakan dalam bidang tentera pada tahun 906. Pada abad kini, senjata
api telah menjadi senjata utama digunakan dalam medan perang. Senjata api kuno
lazimnya menggunkan serbuk hitam tetapi senjata api moden menggunakan serbuk
tanpa asap, kordit atau pedorong lain. Kebanyakan senjata api moden mempunyai
laras berpilin untuk memberikan putaran kepada projektil untuk menambahkan
kestabilan semasa penerbangan.
4.0 PEMIKIRAN INOVATIF KESAN
TAMADUN CHINA
Tamadun China
banyak memberi kesan positif dan menjana pemikiran inovatif dalam bidang
kemahiran, teknologi dan kebendaan. Tamadun China juga telah memperkenalkan
perusahaan sutera di Kepulauan Melayu. Selain itu, Tamadun China mahir dalam
pembuatan tembikar serta pertukangan logam. Terdapat pelbagai bidang dan teknologi
yang tercipta daripada Tamadun China ini dan ia memberi impak yang sangat baik
kepada pemikiran inovatif pada masa kini antaranya seperti berikut :
4.1 Bidang Astronomi
Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou pada
kurun 1300 sebelum masihi, tamadun China mampu merekod dan membuat katalog
mengenai gerhana bulan dan matahari,
bintang dan komet. Astronomi China telah menjumpai crab nebula, komet Halley dan mencipta gnamon bagi menentukan latitud matahari dengan cara mengukur
kedudukan panjang bayang-bayang pada waktu tengah hari. Mereka juga mencipta clepsydra iaitu alat mengukur masa
berdasarkan aliran air yang melalui lubang kecil yang terdapat pada alat
tersebut. pada kurun ke-11 orang Cina telah mampu menyediakan katalog bintang,
mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Sumbangan terbesar ahli
astronomi China juga adalah yang tepat dan sempurna dan digunakan lebih 2000
tahun. Selain itu sistem kalendar China juga adalah sistem terawal yang maju
dan tepat berbanding sistem kelendar lain di dunia ialah penghasilan peralatan
astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan
berterusan sepanjang lebih daripada 2,000 tahun. Penyelidikan astronomi dan
alam semesta pada masa kini telah menghasilkan peralatan baru yang mampu
menyemak data dan menyelesaikan persoalan penting dalam bidang kosmologi.
4.2 Bidang
Matematik
Masyarat Cina juga banyak mencapai kemajuan
dalam bidang matematik dan semasa Dinasti Tang matematik dimasukkan dalam
peperiksaan. Teorem matematik ditemui seawal tahun 220-267 masihi. Karya ahli
matematik Xu Yue mengatakan bahawa penggunaan sempoa (abacus) disebut buat
pertama kali pada kurun ke-2.
Perbincangan terawal mengenai matematik China adalah tentang segi empat
ajaib. Segi empat ajaib dikatakan unik kerana apabila angka baris menegak,
mendatar, miring dicampurkan mendapat jumlah yang sama iaitu 15. Orang China
juga telah memperkenalkan angka negatif dan positif serta angka genab dan
ganjil. Kemajuan dalam bidang matematik China ini kekal digunakan sehingga ke
hari ini.
4.3 Teknologi Teknik Percetakan
Teknologi
Teknik Pecetakan telah diperkenalkan semasa pemerintahan Dinasti Tang dimana
bahan bercetak terawal dan masih wujud sehingga ke hari ini adalah Kitab Sutra
Diamond bertarikh 11 Mei 868. Buku tersebut yang di jaga rapi dan ditempatkan
di Muzium British di England. Isi kandungan yang menarik dalam buku tersebut
adalah teknk pecertakan blok manakala Teknik Pecetakan Bergerak dicipta pada
tahun 1045 oleh Bi Sheng. Plat ukiran percetakan dibina menggunakan asas ukiran
batu purba dan ukiran meterai. Masyarakat China dahulu telah mencetak sejumlah
besar gambar agama dan plat ukiran. Oleh kerana percetakan plat ukiran melibatkan
kos yang tinggi dalam tenaga buruh dan bahan-bahanya, maka ditubuhkan industri
percetakan untuk memperbaiki teknik percetakan tersebut.
4.4 Bidang Sosial
Tamadun
China adalah bersifat terbuka dan bertolak ansur. Sifat keterbukaan dan bertolak
ansur ini sangat membantu dari segi komunikasi. Jika sifat bertolak ansur tiada
dalam diri seseorang, kejayaan sukar dikecapi bukan sahaja individu itu sendiri
malah sesebuah negara juga turun menerima kesan yang sama. Sikap keterbukaan
pula perlu mengikut adat dan budaya sesuatu negara kerana di Malaysia
masyarakatnya menganut pelbagai agama sensitiviti sesuatu kaum perlu dijaga
untuk keharmonian bersama. Sistem etika China pula berasaskan keluarga,
keharmonian dan mengutamakan kebaikan hati antara entiti. Ajaran konfusianisme
juga memberi banyak memberi implikasi dalam memupuk kebudayaan penyayang dan
masyarakat yang beretika, liberal dan bebas dari segi agama dan budaya.
4.5 Bidang
Ekonomi
Tamadun
China adalah satu tamadun yang kaya dan mengamalkan dasar perdagangan bebas
seperti pertukaran barang. Selain itu Tamadun China juga memperkenalkan sistem
mata wang dan digunakan sistem tersebut sehingga ke hari ini. Sikap masyarakat
China memberi kesan positif dalam pengurusan perniagaan seperti sikap rajin,
jimat-cermat, bertanggungjawab, kesopanan, kesetiaan dan kepatuhan kepada
peraturan serta disiplin dan semangat kerjasama.
5.0 TIGA CIPTAAN BAHARU MEMBERI KESAN TAMADUN
KINI DI
MALAYSIA
Setiap ciptaan pasti memberi kesan kepada
sesebuah tamadun sama ada kesan itu positif atau negatif, memberi manfaat atau
kemudaratan. Ramai yang mengambil mudah kemudahan dan teknologi yang telah
wujud masa kini. Manusia kini semakin mudah untuk ke suatu tempat dengan
menggunakan sistem navigasi atau GPS dan segalanya mudah pada abad ke-21 ini.
Generasi kini makin melupakan jasa dan penghargaan generasi terdahulu yang
mendatangkan idea kretif dan penciptaan yang telah diinovasikan hari ini. Di
antara ciptaan baharu memberi kesan kepada tamadun kini di Malaysia adalah
dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau dikenali sebagai (ICT), Telefon Pintar dan Komputer.
5.1 Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
Pada
era zaman moden, penggunaan alat Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini sangat
mempengaruhi tamadun kini. Jika dahulu maklumat yang hendak disampaikan
seseorang kepada seseorang yang lain memgambil masa yang lama dan adalakanya
maklumat yang disampaikan tidak tepat atau terputus. Tetapi kini, masyarakat
dapat berhubung dengan pantas dalam satu-satu masa pada jarak yang jauh dan
masa yang berlainan. Komunikasi tanpa sempadan ini memudahkan maklumat sampai
dengan cepat dan tepat. Antara medium yang terkenal seperti Facebook, Whatsapp,
Twitter dan sebagainya menyebabkan komunikasi manusia lebih berkembang. Melalui
media sosial tersebut manusia dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara
satu sama lain.
Selain
itu, teknologi makumat dan komunikasi ini memudahkan generasi kini mengakses
maklumat berkaitan ilmu pendidikan, berita-berita semasa dan sebagainya. Hal
ini dapat mengembangkan minda manusia untuk mendapat pelbagai input yang
berguna dan mengetahui isu semasa yang terjadi di Malaysia atau serata dunia.
Jika dahulu, terimaan sesuatu berita mengambil masa yang lama untuk sampai
kepada sesuatu pihak dan adakalanya penyampaian tidak tepat dan berasas.
Di
antara perkara yang baik atas kewujudan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini
adalah memudahkan urusan sesorang dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh,
jika dahulu kita ingin membayar bil-bil utiliti kita terpaksa mengambil masa
yang lama kerana jarak untuk berurusan jauh dari tempat kita berada. Pengurusan
masa juga akan terjelas jika melibatkan waktu bekerja kerana terpaksa keluar
waktu pejabat atas urusan peribadi. Tetapi kini segalanya hanya di hujung jari,
pelbagai aplikasi telah dicipta untuk memudahkan urusan pembayaran bil utiliti
atau urusan lain seperti memperbaharui cukai jalan dan sebagainya.
Dalam
urusan perniagaan pula, pada abad ke-21 kini segalanya bergerak pantas. Jual
beli barang juga tidak menggunakan mata wang kasar tetapi secara maya. Pada era
zaman 1990an dahulu pasaraya menjadi pilihan utama pembeli untuk membeli
barangan keperluan asas. Ketika keluar untuk mencari barangan peribadi, kita
bukan sahaja perlu mengeluarkan belanja untuk barang tersebut tetapi kos
sampingan seperti duit tambang, petrol, tol dan sebagainya malahan kita juga
terpaksa mengharungi kesibukan jalan raya dan stress di jalan. Dengan adanya
Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini, kita hanya perlu menggunakan hanya
telefon pintar, komputer atau komputer riba (laptop)
sahaja. Bukan itu sahaja, sistem perniagaan atas talian juga memudahkan pihak
pembeli untuk membeli barangan yang dikehendaki dengan pantas menjimatkan masa
dan kos sampingan. Pihak peniaga juga tidak perlu menyewa kedai yang mahal dan
besar untuk membekalkan stok barangan. Kadangkala peniaga hanya menjadi
perantara antara pengeluar produk seperti menjadi stokis atau ejen jualan.
Peningkatan kadar pertumbukan ekonomi Malaysia juga semakin kukuh apabila
urusan jual beli rancak dijalankan. Kajian juga menunjukan bahawa aliran
perbelanjaan dalam sesebuah negara membantu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi.
5.2 Telefon Pintar
Pada hari
ini, telefon pintar menjadi trend gaya hidup kepada semua golongan atasan,
pertenghan, bawahan, remaja, dewasa mahupun kanak-kanak. Telefon pintar ini
banyak mempengaruhi urusan seharian mereka. Antara kebaikan telefon pintar ini
adalah menjadi alat penghubungan antara satu sama lain walaupun dalam jarak
yang sangat jauh. Secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim
antara ahli keluarga. Selain itu, telefon pintar boleh dijadikan alat melayari
internet dan penggunaan internet amat penting kepada pelajar bagi membuat
kajian atau menyiapkan tugasan yang diberikan.
5.3 Komputer
Komputer
merupakan alat elektronik yang meyimpan maklumat. Penggunaan komputer semakin
popular di dunia dewasa kini. Terdapat pelbaai jenis komputer seperti komputer
meja, komputer peribadi, komputer telapak, komputer mudah alih dan sebagainya.
Disamping itu juga komputer memudahkan tugas kita seharian. Banyak tugasan kita
dilakukan menggunakan komputer seperti kerja-kerja menaip, penyediaan laporan,
pelukisan grafik dan multimedia. Komputer membantu kita menyiapkan tugasan
dengan mudah dan cepat
6.0
KESIMPULAN
Secara
kesimpulannya yang ringkas dapat dirungkaikan disini, Tamadun China adalah sebuah
tamadun yang mempunyai pengaruh dan impak positif kepada tamadun-tamadun lain.
Dan kesan Tamadun China tersebut juga mempengaruhi cetusan tamadun pada masa kini.
Jati diri masyarakat China dalam hubungan kekeluargaan juga menjadi peranan
penting dalam kejayaan sesuatu bangsa kerana jika di dalam sesebuah keluarga
tidak kukuh dan bermasalah, sudah tentu sesebuah negara juga akan musnah.
Perkembangan Tamadun China disebabkan oleh berkait rapatnya dengan falsafah
mereka sehinggakan membantu pembentukan negara dan masyarakat China melalui
sumbangan-sumbangan yang tidak ternilai. Tamadun China bukan sahaja menekankan
aspek ekonomi, tetapi juga pembinaan masyarakat beretika dan pemeliharaan alam
sekitar. Oleh itu, setiap tamadun mempunyai keistimewaan dan kelebihan
masing-masing bagi memastikan perkembangan kemajuan agama, bangsa dan negara.
RUJUKAN :
Mohd.Azhar Abd. Hamid, Mohd. Koharuddin
Balwi, & Muhamed Fauzi Othman.
(2006). Reka
cipta & Inovasi dalam perspektif kreativiti. Skudai, Malaysia:
Universiti Teknologi Malaysia.
(2019).
Retrieved 26 October 2019, from
https://www.academia.edu/31361397/MPU3123_TAMADUN_ISLAM_DAN_TAMADUN_ASIA
Khalid, E, & Hamid, M. A. (2004).
Beberapa
Aspek Tamadun Melayu, India, China dan Jepun.
Skudai :
Universiti Teknologi Mara
Hoe. L. C. (1998).
Tamadun
China, Pandangan Hidup, dan Aspek-aspek Kesenian.
Minden:
Penerbit Universiti Sains Malaysia.
SUMBANGAN TAMADUN CHINA TERHADAP TAMADUN MALAYSIA. (2019).
Retrieved 12 November 2019, from http://tamadunmalaysia.blogspot.com/2011/08/sumbangan-tamadun-cina-terhadap-tamadun.html
REFLEKTIF JURNAL
Semasa melakukan tugasan ini
pelbagai ilmu baharu yang saya dapat pelajari mengenai Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS) terutamanya Tamadun China. Proses pembelajaran ini membuka
minda saya tentang perbezaan agama, budaya dan bangsa di antara tamadun-tamadun
tersebut. Saya juga sedar bahawa setiap tamadun membawa kebaikan kepada setiap
manusia dan tidak tertumpu kepada suku kaum tertentu. Di dalam Tamadun China
pula banyak saya pelajari tentang semangat kekeluargaan, kekuatan kerjasama dan
pemikiran yang kretif serta inovatif. Saya juga percaya bahawa isu perkauman
yang terjadi bukanlah kerana kesalahan bangsa itu sendiri tetapi dunia moden
kini tidak berfokuskan kepada sejarah dan tidak meletakkan ilmu ketamadunan ini
sebagai ilmu yang penting dan wajib dipelajari.
Saya juga mempelajari keunggulan tamadun-tamadun besar
dunia. Pembelajaran tamadun ini membuatkan saya lebih memahami perbezaan agama,
budaya dan bangsa. Saya juga sedar tentang latar belakang sesuatu masyarakat,
sistem kepercayaan agama dan kepelbagaian budaya. Tamadun-tamadun ini memberi
sumbangan besar di dalam bidang sosial, ekonomi, matematik, astronomi,
perubatan, seni, politik dan sebagainya. Selain itu, sumbangan tamadun tersebut
memperlihatkan kehebatan ciptaan manusia daripada pelbagai aspek kebendaan di
samping pengamalan kerohanian untuk membina dunia moden hari ini.
Sebagai warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu, saya merasa
semakin selesa bercampur dan bergaul dengan bangsa-bangsa yang lain yang ada di
Malaysia. Saya juga berharap agar setiap bangsa, agama dan kaum di Malaysia ini
dapat bersatu padu dalam pembentukan negara yang aman makmur, sejahtera,
berjaya dalam segala bidang, mengukuhkan ekonomi Malaysia dan menjadikan
Malaysia sebuah negara yang paling maju di dunia.