Cari Blog Ini

Khamis, 19 Disember 2019

CONTOH ASSIGNMENT TUGASAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA



1.0        PENGENALAN

Istilah Tamadun berasal dari perkataan Arab dan perkataan Tamadun itu sendiri digunakan di Malaysia sehingga kini. Terdapat pelbagai jenis tamadun diantaranya Tamadun Islam, Tamadun China, Tamaduh India dan tamadun-tamadun yang lain. Mejuruk kepada Tamadun China, ia mempunyai kesan sejarah dan banyak memberi sumbangan kepada tamadun-tamadun lain di dunia daripada pelbagai perspektif, antaranya ekonomi, ketenteraan, pertanian dan sebagainya kerana ilmu dan hasil penyelidikan serta penciptaan yang menakjubkan.
Kefahaman kepercayaan agama adalah aspek penting dalam masyarakat China kerana mereka menganut pelbagai aliran agama tetapi berkait rapan dengan adat dan tradiri mereka. Masyarakat China akan berpandukan kepada ahli falsafah kerana kefahaman mereka berlainan satu sama lain pada ketika itu. Tamadun China mempengaruhi perkembangan Sains Islam yang digunapakai sehingga ke hari ini. Salah satu kemajuan teknogi kepada tamadun china adalah pembinaan Tembok Besar China. Tamadun China bermula sejak tahun 2000 sebelum masihi dengan pembentukan dinasti paling awal daripada kebudayaan Neolitik Lembah Sungai Hwang Ho (Sundra Raja & Letchumanan, 1999). Dinasti Chang adalah dinasti yang pertama di kesan oleh sejarawan.


2.0        TENTANG TEMBOK BESAR CHINA

Seperti ramai yang sedia maklum, Tembok Besar China adalah merupakan salah satu tujuh keajaiban dunia. Tembok Besar China adalah binaan yang terpanjang di dunia dan binaan itu tidak memanjang secara lurus kerana ia adalah gabungan tembok-tembok pendek yang mengikuti pergunungan di utara China. Tembok ini pada asalnya dibina bagi tujuan ketenteraan pada abad ke-9. Sejarah pembinaan tembok ini bermula di kawasan tengah China untuk menghalang pencerobohan suku kaum dari bahagian utara China iaitu kaum Barbar (tartar) Monggol. Ukuran tinggi Tembok Besar China bersamaan tinggi bangunan tiga tingkat dan panjangnya lebih kurang 2410 kilometer dan mengambil masa 100 tahun untuk disiapkan oleh tenaga manusia sepenuhnya. Kerajaan pada masa itu telah mengarahkan petani untuk membina tembok ini dan ramai yang telah mati ketika pembinaannya. Tembok Besar China terbentang di sepanjang Shanhaiguan di bahagian timur hingga ke Lop Lake di sebelah barat. Tembok Besar China pada awal pembinaanya menggunakan batu dan kayu, kemudian batu bata panjang turut digunakan manakala ditengahnya diisi dengan tanah atau ketulan batu.


3.0        SUMBANGAN TEMBOK BESAR CHINA KE ATAS SAINS DAN
TEKNOLOGI

Tembok Besar China mempunyai nilai sejarah yang luar biasa. Tembok ini digunakan sebagai banteng pertahanan tentera. Pembinaan tembok ini mengambil masa yang lama dengan ukuran yang sangat besar. Walaupun ia tidak dibina dengan teknologi yang canggih seperti hari ini, ia tetap menjadi teknologi yang hebat pada zaman itu di mana tembok tersebut dibina dengan jerih payah para petani dan rakyat jelata. Sains dan Teknologi China wujud kira-kira pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11 sebelum masihi. Masyarakat China sejak dari awalnya sangat menghargai kemahiran teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana pada zaman itu mereka menggunakan kepakaran tersebut untuk mengawal banjir yang berlaku di Sungai Kuning. Selain teknologi hidraulik, teknologi melebur dan menuang besi ke acuan, pembuatan kertas dan Loyang, pengeluaran porselin telah wujud ketika itu.
            Seni bina Tembok Besar China mempunyai reka bentuk yang unit dan ini menjadikan Tamadun China berlainan daripada tamadun lain. Tembok yang dibina sejak Zaman Dinasti Chou ini dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking dan diteruskan oleh Dinasti yang berikutnya. Sementara itu di bandar-bandar China purba seperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang juda dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu. Di bandar-bandar lain juga tembok dibina menggunakan tanah liat malahan daripada lumpur. Terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara di kawasan tembok ini dan menempatkan kediaman Maharaja. Istana Maharaja tersebut bernama Kota Larangan dan sehingga kini masih kekal dengan mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan tersebut digunakan sebagai Balai Penghadapan serta tempat Pagoda. Pagoda mempunyai bentuk seperti oktagon dan segi empat sama serta mempunyai ketinggian sehingga 15 tingkat.  Ilmu sains dan teknologi tamadun China muncul sebelum Kota Melaka dengan pembuktian kemahiran meraka dalam bidang perkapalan. Kemajuan sains dan teknologi China juga dapat dilihat dengan pembinaan terusan, pembinaan Tembok Besar China, penciptaan kompas, perindustrian peleburan besi dan senjata perang seperti meriam. Berikut diberi pencerahan ke atas Sains dan Teknologi Tamadun China :


 3.1       Sains dan Teknologi Kompas

Mengikut Sejarawan, kompas yang pertama juga telah dicipta oleh penduduk China pada abad ke-11 adalah bertujuan untuk keagamaan sahaja. Kompas mengandungi anak panah yang diperbuat daripada jarum besi bermagnet yang berdasarkan arah Utara, Selatan, Timur dan Barat. Sejarawan British, Joseph Needham mengatakan bahawa kompas tersebut dicipta berdasarkan beberapa artifak dan manuskrip. Jika dilihat dalam pembinaan Tembok Besar China ini, penggunaan kompas boleh dijadikan bahan penting dalam kerangka dan strategi sebelum bermulanya kerja-kerja pembinaan Tembok Besar China tersebut. Kompas digunakan untuk menentu sesatu arah yang hendak dituju dengan tepat. Jika pembinaan Tembok Besar China tidak menggunakan teknologi kompas, adalah mustahil untuk pembinaan itu dibina dengan tujuan arah yang betul. Pembinaan jalan tanpa tujuan dan arah yang tepat boleh menyebabkan jalan yang dibina itu tidak menuju destinasi yang betul. Sehingga ke hari ini kompas amat berguna bagi menentukan arah bagi pelayar-pelayar di laut. Kompas juga telah berevolusi menjadi lebih canggih sepeti kompas digital dan berada di dalam aplikasi setiap telefon pintar.


3.2       Sains dan Teknologi Kereta Kuda dan Kereta Sorong Beroda

Penciptaan kereta kuda dan kereta sorong beroda digunakan untuk tujuan pertanian dimana kereta sorong beroda digunakan untuk mengangkut hasil pertanian manakala kereta kuda bagi tujuan penghantaran hasil ke seluruh wilayah China. Penggunaan kereta sorong beroda untuk mengangkut batu bata dan bahan-bahan binaan lain dalam proses pmbinaan Tembok Besar China boleh dijadikan kajian yang lebih teliti. Kereta sorong (wheelbarrow)yang dicipta pada kira-kira tahun 200 sebelum masihi ini banyak meringankan tenaga manusia. Kereta sorong moden kini bukan sahaja digunakan untuk mengangkut barangan tetapi di modenkan dan diinovasikan menjadi kereta sorong bayi atau dikenali sebagai “baby stroller”.


3.3       Sains dan Teknologi Bahan Letupan (Gunpowder)

Bahan Letupan ini mula ditemui pada kurun ke-7 di mana masyarat China menggunakan bahan ini untuk membuat bunga api. Bahan letupan ini juga mula digunakan untuk membuat senjata untuk digunakan dalam bidang tentera pada tahun 906. Pada abad kini, senjata api telah menjadi senjata utama digunakan dalam medan perang. Senjata api kuno lazimnya menggunkan serbuk hitam tetapi senjata api moden menggunakan serbuk tanpa asap, kordit atau pedorong lain. Kebanyakan senjata api moden mempunyai laras berpilin untuk memberikan putaran kepada projektil untuk menambahkan kestabilan semasa penerbangan.
  

4.0                    PEMIKIRAN INOVATIF KESAN TAMADUN CHINA

Tamadun China banyak memberi kesan positif dan menjana pemikiran inovatif dalam bidang kemahiran, teknologi dan kebendaan. Tamadun China juga telah memperkenalkan perusahaan sutera di Kepulauan Melayu. Selain itu, Tamadun China mahir dalam pembuatan tembikar serta pertukangan logam. Terdapat pelbagai bidang dan teknologi yang tercipta daripada Tamadun China ini dan ia memberi impak yang sangat baik kepada pemikiran inovatif pada masa kini antaranya seperti berikut :

4.1       Bidang Astronomi
Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou pada kurun 1300 sebelum masihi, tamadun China mampu merekod dan membuat katalog mengenai  gerhana bulan dan matahari, bintang dan komet. Astronomi China telah menjumpai crab nebula, komet Halley dan mencipta gnamon bagi menentukan latitud matahari dengan cara mengukur kedudukan panjang bayang-bayang pada waktu tengah hari. Mereka juga mencipta clepsydra iaitu alat mengukur masa berdasarkan aliran air yang melalui lubang kecil yang terdapat pada alat tersebut. pada kurun ke-11 orang Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Sumbangan terbesar ahli astronomi China juga adalah yang tepat dan sempurna dan digunakan lebih 2000 tahun. Selain itu sistem kalendar China juga adalah sistem terawal yang maju dan tepat berbanding sistem kelendar lain di dunia ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada 2,000 tahun. Penyelidikan astronomi dan alam semesta pada masa kini telah menghasilkan peralatan baru yang mampu menyemak data dan menyelesaikan persoalan penting dalam bidang kosmologi.

4.2       Bidang Matematik
Masyarat Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik dan semasa Dinasti Tang matematik dimasukkan dalam peperiksaan. Teorem matematik ditemui seawal tahun 220-267 masihi. Karya ahli matematik Xu Yue mengatakan bahawa penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2.  Perbincangan terawal mengenai matematik China adalah tentang segi empat ajaib. Segi empat ajaib dikatakan unik kerana apabila angka baris menegak, mendatar, miring dicampurkan mendapat jumlah yang sama iaitu 15. Orang China juga telah memperkenalkan angka negatif dan positif serta angka genab dan ganjil. Kemajuan dalam bidang matematik China ini kekal digunakan sehingga ke hari ini.

4.3        Teknologi Teknik Percetakan
            Teknologi Teknik Pecetakan telah diperkenalkan semasa pemerintahan Dinasti Tang dimana bahan bercetak terawal dan masih wujud sehingga ke hari ini adalah Kitab Sutra Diamond bertarikh 11 Mei 868. Buku tersebut yang di jaga rapi dan ditempatkan di Muzium British di England. Isi kandungan yang menarik dalam buku tersebut adalah teknk pecertakan blok manakala Teknik Pecetakan Bergerak dicipta pada tahun 1045 oleh Bi Sheng. Plat ukiran percetakan dibina menggunakan asas ukiran batu purba dan ukiran meterai. Masyarakat China dahulu telah mencetak sejumlah besar gambar agama dan plat ukiran. Oleh kerana percetakan plat ukiran melibatkan kos yang tinggi dalam tenaga buruh dan bahan-bahanya, maka ditubuhkan industri percetakan untuk memperbaiki teknik percetakan tersebut.

4.4        Bidang Sosial
            Tamadun China adalah bersifat terbuka dan bertolak ansur. Sifat keterbukaan dan bertolak ansur ini sangat membantu dari segi komunikasi. Jika sifat bertolak ansur tiada dalam diri seseorang, kejayaan sukar dikecapi bukan sahaja individu itu sendiri malah sesebuah negara juga turun menerima kesan yang sama. Sikap keterbukaan pula perlu mengikut adat dan budaya sesuatu negara kerana di Malaysia masyarakatnya menganut pelbagai agama sensitiviti sesuatu kaum perlu dijaga untuk keharmonian bersama. Sistem etika China pula berasaskan keluarga, keharmonian dan mengutamakan kebaikan hati antara entiti. Ajaran konfusianisme juga memberi banyak memberi implikasi dalam memupuk kebudayaan penyayang dan masyarakat yang beretika, liberal dan bebas dari segi agama dan budaya.

4.5       Bidang Ekonomi
            Tamadun China adalah satu tamadun yang kaya dan mengamalkan dasar perdagangan bebas seperti pertukaran barang. Selain itu Tamadun China juga memperkenalkan sistem mata wang dan digunakan sistem tersebut sehingga ke hari ini. Sikap masyarakat China memberi kesan positif dalam pengurusan perniagaan seperti sikap rajin, jimat-cermat, bertanggungjawab, kesopanan, kesetiaan dan kepatuhan kepada peraturan serta disiplin dan semangat kerjasama.

  
5.0        TIGA CIPTAAN BAHARU MEMBERI KESAN TAMADUN KINI DI
MALAYSIA
Setiap ciptaan pasti memberi kesan kepada sesebuah tamadun sama ada kesan itu positif atau negatif, memberi manfaat atau kemudaratan. Ramai yang mengambil mudah kemudahan dan teknologi yang telah wujud masa kini. Manusia kini semakin mudah untuk ke suatu tempat dengan menggunakan sistem navigasi atau GPS dan segalanya mudah pada abad ke-21 ini. Generasi kini makin melupakan jasa dan penghargaan generasi terdahulu yang mendatangkan idea kretif dan penciptaan yang telah diinovasikan hari ini. Di antara ciptaan baharu memberi kesan kepada tamadun kini di Malaysia adalah dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau dikenali sebagai (ICT), Telefon Pintar dan Komputer.

5.1       Teknologi Maklumat dan Komunikasi
            Pada era zaman moden, penggunaan alat Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini sangat mempengaruhi tamadun kini. Jika dahulu maklumat yang hendak disampaikan seseorang kepada seseorang yang lain memgambil masa yang lama dan adalakanya maklumat yang disampaikan tidak tepat atau terputus. Tetapi kini, masyarakat dapat berhubung dengan pantas dalam satu-satu masa pada jarak yang jauh dan masa yang berlainan. Komunikasi tanpa sempadan ini memudahkan maklumat sampai dengan cepat dan tepat. Antara medium yang terkenal seperti Facebook, Whatsapp, Twitter dan sebagainya menyebabkan komunikasi manusia lebih berkembang. Melalui media sosial tersebut manusia dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.
            Selain itu, teknologi makumat dan komunikasi ini memudahkan generasi kini mengakses maklumat berkaitan ilmu pendidikan, berita-berita semasa dan sebagainya. Hal ini dapat mengembangkan minda manusia untuk mendapat pelbagai input yang berguna dan mengetahui isu semasa yang terjadi di Malaysia atau serata dunia. Jika dahulu, terimaan sesuatu berita mengambil masa yang lama untuk sampai kepada sesuatu pihak dan adakalanya penyampaian tidak tepat dan berasas.
            Di antara perkara yang baik atas kewujudan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini adalah memudahkan urusan sesorang dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, jika dahulu kita ingin membayar bil-bil utiliti kita terpaksa mengambil masa yang lama kerana jarak untuk berurusan jauh dari tempat kita berada. Pengurusan masa juga akan terjelas jika melibatkan waktu bekerja kerana terpaksa keluar waktu pejabat atas urusan peribadi. Tetapi kini segalanya hanya di hujung jari, pelbagai aplikasi telah dicipta untuk memudahkan urusan pembayaran bil utiliti atau urusan lain seperti memperbaharui cukai jalan dan sebagainya.
            Dalam urusan perniagaan pula, pada abad ke-21 kini segalanya bergerak pantas. Jual beli barang juga tidak menggunakan mata wang kasar tetapi secara maya. Pada era zaman 1990an dahulu pasaraya menjadi pilihan utama pembeli untuk membeli barangan keperluan asas. Ketika keluar untuk mencari barangan peribadi, kita bukan sahaja perlu mengeluarkan belanja untuk barang tersebut tetapi kos sampingan seperti duit tambang, petrol, tol dan sebagainya malahan kita juga terpaksa mengharungi kesibukan jalan raya dan stress di jalan. Dengan adanya Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini, kita hanya perlu menggunakan hanya telefon pintar, komputer atau komputer riba (laptop) sahaja. Bukan itu sahaja, sistem perniagaan atas talian juga memudahkan pihak pembeli untuk membeli barangan yang dikehendaki dengan pantas menjimatkan masa dan kos sampingan. Pihak peniaga juga tidak perlu menyewa kedai yang mahal dan besar untuk membekalkan stok barangan. Kadangkala peniaga hanya menjadi perantara antara pengeluar produk seperti menjadi stokis atau ejen jualan. Peningkatan kadar pertumbukan ekonomi Malaysia juga semakin kukuh apabila urusan jual beli rancak dijalankan. Kajian juga menunjukan bahawa aliran perbelanjaan dalam sesebuah negara membantu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi.

5.2       Telefon Pintar
            Pada hari ini, telefon pintar menjadi trend gaya hidup kepada semua golongan atasan, pertenghan, bawahan, remaja, dewasa mahupun kanak-kanak. Telefon pintar ini banyak mempengaruhi urusan seharian mereka. Antara kebaikan telefon pintar ini adalah menjadi alat penghubungan antara satu sama lain walaupun dalam jarak yang sangat jauh. Secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli keluarga. Selain itu, telefon pintar boleh dijadikan alat melayari internet dan penggunaan internet amat penting kepada pelajar bagi membuat kajian atau menyiapkan tugasan yang diberikan.

5.3       Komputer
            Komputer merupakan alat elektronik yang meyimpan maklumat. Penggunaan komputer semakin popular di dunia dewasa kini. Terdapat pelbaai jenis komputer seperti komputer meja, komputer peribadi, komputer telapak, komputer mudah alih dan sebagainya. Disamping itu juga komputer memudahkan tugas kita seharian. Banyak tugasan kita dilakukan menggunakan komputer seperti kerja-kerja menaip, penyediaan laporan, pelukisan grafik dan multimedia. Komputer membantu kita menyiapkan tugasan dengan mudah dan cepat

6.0       KESIMPULAN
            Secara kesimpulannya yang ringkas dapat dirungkaikan disini, Tamadun China adalah sebuah tamadun yang mempunyai pengaruh dan impak positif kepada tamadun-tamadun lain. Dan kesan Tamadun China tersebut juga mempengaruhi cetusan tamadun pada masa kini. Jati diri masyarakat China dalam hubungan kekeluargaan juga menjadi peranan penting dalam kejayaan sesuatu bangsa kerana jika di dalam sesebuah keluarga tidak kukuh dan bermasalah, sudah tentu sesebuah negara juga akan musnah. Perkembangan Tamadun China disebabkan oleh berkait rapatnya dengan falsafah mereka sehinggakan membantu pembentukan negara dan masyarakat China melalui sumbangan-sumbangan yang tidak ternilai. Tamadun China bukan sahaja menekankan aspek ekonomi, tetapi juga pembinaan masyarakat beretika dan pemeliharaan alam sekitar. Oleh itu, setiap tamadun mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing bagi memastikan perkembangan kemajuan agama, bangsa dan negara.
           
  
RUJUKAN :

Mohd.Azhar Abd. Hamid, Mohd. Koharuddin Balwi, & Muhamed Fauzi Othman.
(2006). Reka cipta & Inovasi dalam perspektif kreativiti. Skudai, Malaysia:
Universiti Teknologi Malaysia.

(2019). Retrieved 26 October 2019, from https://www.academia.edu/31361397/MPU3123_TAMADUN_ISLAM_DAN_TAMADUN_ASIA

Khalid, E, & Hamid, M. A. (2004).
Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China dan Jepun. Skudai :
Universiti Teknologi Mara

Hoe. L. C. (1998).
Tamadun China, Pandangan Hidup, dan Aspek-aspek Kesenian. Minden:
Penerbit Universiti Sains Malaysia.

SUMBANGAN TAMADUN CHINA TERHADAP TAMADUN MALAYSIA. (2019).

  
REFLEKTIF JURNAL
           
            Semasa melakukan tugasan ini pelbagai ilmu baharu yang saya dapat pelajari mengenai Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) terutamanya Tamadun China. Proses pembelajaran ini membuka minda saya tentang perbezaan agama, budaya dan bangsa di antara tamadun-tamadun tersebut. Saya juga sedar bahawa setiap tamadun membawa kebaikan kepada setiap manusia dan tidak tertumpu kepada suku kaum tertentu. Di dalam Tamadun China pula banyak saya pelajari tentang semangat kekeluargaan, kekuatan kerjasama dan pemikiran yang kretif serta inovatif. Saya juga percaya bahawa isu perkauman yang terjadi bukanlah kerana kesalahan bangsa itu sendiri tetapi dunia moden kini tidak berfokuskan kepada sejarah dan tidak meletakkan ilmu ketamadunan ini sebagai ilmu yang penting dan wajib dipelajari.
            Saya juga mempelajari keunggulan tamadun-tamadun besar dunia. Pembelajaran tamadun ini membuatkan saya lebih memahami perbezaan agama, budaya dan bangsa. Saya juga sedar tentang latar belakang sesuatu masyarakat, sistem kepercayaan agama dan kepelbagaian budaya. Tamadun-tamadun ini memberi sumbangan besar di dalam bidang sosial, ekonomi, matematik, astronomi, perubatan, seni, politik dan sebagainya. Selain itu, sumbangan tamadun tersebut memperlihatkan kehebatan ciptaan manusia daripada pelbagai aspek kebendaan di samping pengamalan kerohanian untuk membina dunia moden hari ini.
            Sebagai warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu, saya merasa semakin selesa bercampur dan bergaul dengan bangsa-bangsa yang lain yang ada di Malaysia. Saya juga berharap agar setiap bangsa, agama dan kaum di Malaysia ini dapat bersatu padu dalam pembentukan negara yang aman makmur, sejahtera, berjaya dalam segala bidang, mengukuhkan ekonomi Malaysia dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang paling maju di dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan