Cari Blog Ini

Rabu, 24 Oktober 2018

MAKSUD PERBELANJAAN BANTUAN PERSEKOLAHAN

MAKSUD PERBELANJAAN BANTUAN PERSEKOLAHAN
Bantuan Per Kapita (PCG) Pra Sekolah
  1. Pembelian inventori dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
    2. Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah serta penyelenggaraan komputer dan lain-lain peralatan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
    3. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
    4. Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.
    5. Perolehan harta modal tidak dibenarkan.
Bantuan Per Kapita Mata Pelajaran (Teras, Wajib, Tambahan/Bahasa Asing dan Elektif)
  1. Pembelian inventori dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
    2. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
    3. Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
    4. Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains, taman herba dan lain-lain yang boleh memberi pengukuhan kepada program pengajaran dan pembelajaran.
    5. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.
    6. Perolehan harta modal dibenarkan tetapi hendaklah dibincangkan dan dipersetujui oleh Ketua Bidang atau Ketua Panitia dan diluluskan oleh Pengurus Sekolah. Perolehan hendaklah mematuhi syarat berikut:
  2. Sekolah Rendah : Tidak melebihi RM5,000 atau 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran (Tidak termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah) mana yang lebih rendah.
    b. Sekolah Menengah : RM10,000 atau 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran (Tidak termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah).
    c. Sekolah Kurang Murid (Rendah / Menengah) : Tidak melebihi 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran.
    d. Perolehan/penggantian alat pendingin udara tidak dibenarkan. Peruntukan bagi tujuan ini hendaklah dipohon daripada Ketua PTJ masing-masing.
    e. Bagi perolehan peralatan ICT, sekolah hendaklah mematuhi tatacara Perolehan ICT yang berkuatkuasa.
    f. Perolehan harta modal yang melebihi kadar yang ditetapkan perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pusat Tanggungjawab.
Bantuan Perkapita Bukan Mata Pelajaran (Pusat Sumber Sekolah)
Meliputi perbelanjaan bagi Perpustakaan dan Pusat Sumber Sekolah seperti berikut:
1. Pembelian inventori dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
2. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
3. Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
4. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.
5. Perolehan harta modal dibenarkan tetapi hendaklah dibincangkan dan dipersetujui oleh Ketua Bidang atau Ketua Panitia dan diluluskan oleh Pengurus Sekolah. Perolehan hendaklah mematuhi syarat berikut:
  1. Sekolah Rendah : Tidak melebihi RM5,000 atau 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran (Tidak termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah) mana yang lebih rendah.
    b. Sekolah Menengah : RM10,000 atau 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran (Tidak termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah).
    c. Sekolah Kurang Murid (Rendah / Menengah) : Tidak melebihi 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran.
    d. Perolehan/penggantian alat pendingin udara tidak dibenarkan. Peruntukan bagi tujuan ini hendaklah dipohon daripada Ketua PTJ masing-masing.
    e. Bagi perolehan peralatan ICT, sekolah hendaklah mematuhi tatacara Perolehan ICT yang berkuatkuasa.
    f. Perolehan harta modal yang melebihi kadar yang ditetapkan perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pusat Tanggungjawab.
Program Pendidikan Khas/Integrasi:
6. Melengkapkan stesen pembelajaran bagi program pendidikan khas integrasi.
Bantuan Perkapita Bukan Mata Pelajaran (Bimbingan dan Kaunseling)
  1. Pembelian inventori dan barang habis guna bagi tujuan aktiviti bimbingan dan kaunseling.
    2. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan aktiviti bimbingan dan kaunseling.
    3. Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.
    4. Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal yang digunakan untuk tujuan aktiviti bimbingan dan kaunseling.
    5. Bayaran perkhidmatan penceramah luar mengikut kelayakan dalam peraturan-peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.
    6. Perolehan harta modal dibenarkan tetapi hendaklah dibincangkan dan dipersetujui oleh Ketua Bidang atau Ketua Panitia dan diluluskan oleh Pengurus Sekolah. Perolehan hendaklah mematuhi syarat berikut:
  2. Sekolah Rendah : Tidak melebihi RM5,000 atau 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran (Tidak termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah) mana yang lebih rendah.
    b. Sekolah Menengah : RM10,000 atau 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran (Tidak termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah).
    c. Sekolah Kurang Murid (Rendah / Menengah) : Tidak melebihi 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran.
    d. Perolehan/penggantian alat pendingin udara tidak dibenarkan. Peruntukan bagi tujuan ini hendaklah dipohon daripada Ketua PTJ masing-masing.
    e. Bagi perolehan peralatan ICT, sekolah hendaklah mematuhi tatacara Perolehan ICT yang berkuatkuasa.
    f. Perolehan harta modal yang melebihi kadar yang ditetapkan perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pusat Tanggungjawab.
Bantuan Perkapita Bukan Mata Pelajaran (LPBT/LPK Sekolah)
  1. Bayaran bil utiliti seperti telefon, air, elektrik, telegram, setem, internet dan pembetungan.
    2. Pembelian bahan habis guna untuk kegunaan pejabat dan sekolah.
    3. Pembaikan kecil infrastruktur sekolah yang tidak melibatkan kerjakerja naik taraf dan ubahsuai.
    4. Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal pejabat dan sekolah.
    5. Perkhidmatan percetakan untuk pengurusan sekolah dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
    6. Perkhidmatan pengiklanan.
    7. Pengangkutan barang-barang.
    8. Pembelian bahan bakar, bahan habis guna dan ubat.
    9. Perbelanjaan bagi keraian yang melibatkan lawatan pihak luar atas urusan rasmi.
    10. Perolehan harta modal (kecuali alat pendingin udara dan peralatan ICT) dengan nilai keseluruhan peruntukan LPBT/LPK Sekolah yang digunakan tidak melebihi RM5,000.00 setahun. Peruntukan bagi perolehan alat pendingin udara hendaklah dipohon daripada Ketua PTJ masing-masing.
    11. Perbelanjaan untuk keceriaan(tidak melibatkan pembinaan)/kesihatan murid/keselamatan sekolah.
    12. Bayaran balik tambang pengangkutan kepada guru/kakitangan sekolah bagi urusan kecemasan berdasarkan kelayakan tambang teksi.
    13. Pengangkutan murid dan bayaran insurans untuk guru pengiring.
Bantuan Perkapita Bukan Mata Pelajaran (LPBT/LPK Asrama)
  1. Bayaran bil utiliti telefon, air, elektrik, telegram, setem, internet dan pembetungan.
    2. Pembaikan kecil infrastruktur asrama yang tidak melibatkan kerja-kerja naik taraf dan ubahsuai.
    3. Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal di asrama.
    4. Perkhidmatan percetakan untuk pengurusan asrama dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
    5. Perkhidmatan pengiklanan.
    6. Pembelian surat khabar, majalah, buku rujukan dan lain-lain yang berkaitan untuk kegunaan penghuni asrama.
    7. Pembelian bahan bakar dan ubat.
    8. Perbelanjaan untuk keceriaan (yang tidak melibatkan pembinaan)/kesihatan murid/keselamatan penghuni asrama.
    9. Pembelian bahan habis guna untuk kegunaan pengurusan asrama.
    10. Pengangkutan murid dan bayaran insurans untuk guru pengiring.
    11. Perolehan harta modal tidak melebihi 5% daripada jumlah keseluruhan peruntukan LPBT/LPK Asrama setahun.
Yuran Khas Sekolah (YKS)
Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan YKS adalah meliputi aktiviti:
1. Sukan/Permainan;
2. Pendidikan Jasmani;
3. Lukisan/Kerja tangan;
4. Pendidikan Seni;
5. Perpustakaan; dan
6. Pusat Sumber Sekolah.
Bantuan Kokurikulum Pra Sekolah
Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BKKP adalah meliputi aktiviti:
1. Sukan/sukaneka;
2. Karnival Pendidikan Prasekolah;
3. Konvokesyen; dan
4. Lawatan.
Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanan aktiviti tersebut adalah seperti berikut:
1. urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid serta guru pengiring prasekolah/pembantu pengurusan murid;
2. perolehan/penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna;
3. pembelian dan penyelenggaraan peralatan kokurikulum dan sukan prasekolah;
4. pembayaran yuran pendaftaran/penyertaan murid; dan
5. pembelian hadiah aktiviti.
Bantuan Kokurikulum Sekolah
Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BKK adalah meliputi aktiviti:
  1. Pasukan Badan Beruniform (PBB);
    2. Kelab dan Persatuan (tidak termasuk kelab Sukan dan Permainan); dan
    3. Aktiviti sokongan pembentukan, pemupukan dan pembangunan sahsiah murid seperti perkhemahan, seminar, kolokium dan kursus kepimpinan (tidak termasuk aktiviti bimbingan dan kaunseling serta kecemerlangan akademik).
Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanan aktiviti tersebut adalah seperti berikut:
1. pengendalian dan pengurusan pasukan badan beruniform, kelab dan persatuan;
2. urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid serta guru pengiring;
3. perolehan/penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna;
4. pembelian dan penyelenggaraan peralatan kokurikulum sekolah;
5. pemberian wang saku kepada murid dalam kadar yang munasabah (bagi tujuan perbelanjaan makan minum semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti);
6. pembayaran yuran pendaftaran/penyertaan; dan
7. pembelian hadiah aktiviti.
Bantuan Kokurikulum Asrama
Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BKKA adalah meliputi aktiviti:
1. Program Asrama Terbilang;
2. sukan dan permainan penghuni asrama; dan
3. aktiviti sokongan pembentukan, pemupukan dan pembangunan sahsiah murid seperti perkhemahan, seminar, kolokium dan kursus kepimpinan (tidak termasuk aktiviti bimbingan dan kaunseling serta kecemerlangan akademik).
Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanan aktiviti tersebut adalah seperti berikut:
1. urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid serta guru pengiring;
2. perolehan/penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna;
3. pembelian dan penyelenggaraan peralatan kokurikulum asrama;
4. pemberian wang saku kepada murid dalam kadar yang munasabah (bagi tujuan perbelanjaan makan minum semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti);
5. pembayaran yuran pendaftaran/penyertaan;
6. pembelian hadiah aktiviti; dan
7. bayaran kepada tenaga pengajar luar.
Bantuan Sukan Sekolah
Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BSS adalah meliputi aktiviti:
1. Kejohanan sukan tahunan sekolah;
2. Aktiviti pra kejohanan seperti sukan tara dan merentas desa;
3. Karnival permainan antara rumah, kelas, tingkatan dan sebagainya; dan
4. Program-program sukan lain sepanjang tahun.
Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanan aktiviti tersebut adalah seperti berikut:
1. pengendalian dan pengurusan kelab-kelab sukan dan permainan;
2. kursus pendedahan sukan dan permainan kepada murid;
3. urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid serta guru pengiring;
4. penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna;
5. pembelian dan penyelenggaraan peralatan sukan sekolah;
6. pemberian wang saku kepada murid dalam kadar yang munasabah (makan minum semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti);
7. pembayaran yuran pendaftaran/penyertaan; dan
8. pembelian hadiah aktiviti.
Bantuan Makan Pra Sekolah
Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BMP adalah bagi tujuan berikut:
1. Perolehan bahan mentah memasak;
2. Gas/bahan api memasak;
3. Makanan tambahan; dan
4. Lain-lain perkara yang melibatkan penyediaan/pemberian makanan berkhasiat kepada murid di kelas prasekolah.
Bantuan Makan Asrama
Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BMA dan YMA adalah bagi membiayai:
1. Pembekalan/penyediaan makanan harian mengikut menu yang telah ditetapkan;
2. Pembelian peralatan dapur dan bahan bakar bagi asrama yang melaksanakan kaedah pembekalan bahan mentah;
3. Penyediaan makanan tambahan/jamuan khas untuk murid asrama dengan kadar tidak melebihi RM100.00 setiap murid setahun; dan
4. Menampung bayaran makanan semasa peperiksaan SPM, STPM & STAM selama 20 hari.
Yuran Makan Asrama
  1. Kutipan daripada YMA hendaklah diuruskan sewajarnya kerana ia dikutip bagi menampung kos penyediaan makanan yang dibekalkan kepada murid yang tinggal di asrama pada tahun tersebut.
    2. Sekiranya terdapat lebihan YMA kerana murid pulang ke kampung halaman, menjalani aktiviti di luar sekolah, berpindah sekolah dan sebagainya, sekolah hendaklah memulangkan amaun yang sepatutnya diperuntukkan kepada murid berkenaan.
    3. Sekiranya sukar untuk dilaksanakan, kesemua baki YMA tersebut boleh dibawa ke tahun hadapan tetapi tidak boleh dibelanjakan untuk apa-apa tujuan lain kecuali bagi menampung kekurangan BMA tahun semasa.
    4. YMA yang perlu dikutip daripada setiap penghuni asrama adalah seperti berikut:
a.Jumlah Pendapatan Ibu Dan Bapa / Penjaga Murid Sebulan, RM5,000 dan ke atas – RM3.00 sehari, dan
b.Jumlah Pendapatan Ibu Dan Bapa / Penjaga Murid Sebulan, RM4,999 dan ke bawah 10 – RM1.00 sehari.
  1. Sekolah hendaklah memastikan YMA dikutip daripada ibu bapa/penjaga murid asrama yang layak. Sekiranya ibu bapa/penjaga murid asrama enggan membuat bayaran, maka pihak sekolah boleh mengambil tindakan menahan keputusan peperiksaan atau menahan Sijil Berhenti Sekolah murid tersebut sehingga bayaran diselesaikan oleh ibu bapa/penjaga murid.
    12. Sebarang pengecualian bayaran YMA adalah di bawah bidang kuasa Perbendaharaan Malaysia. Murid di bawah kategori Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Orang Asli, Pendidikan Khas, Asrama Desa, Asrama Sekolah Model Khas di Baling, Kedah, Asrama 1Malaysia dan semua jenis sekolah berasrama di negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mendapat pengecualian dari membayar YMA daripada Perbendaharaan Malaysia.
    13. KPM turut menyalurkan peruntukan BMA kepada murid KPM yang menghuni asrama di bawah kerajaan negeri seperti Asrama Yayasan Selangor dan Asrama Yayasan Terengganu atau lain-lain. Tuntutan hendaklah dikemukakan oleh pihak asrama melalui Jabatan Pelajaran Negeri di negeri masing-masing.
Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP) (Kokurikulum)
Perbelanjaan yang meliputi aktiviti:
1. Pasukan badan beruniform (PBB);
2. Kelab dan persatuan (tidak termasuk kelab sukan dan permainan); dan
3. Aktiviti sokongan pembentukan, pemupukan dan pembangunan sahsiah murid seperti perkhemahan, seminar, kolokium dan kursus kepimpinan (tidak termasuk aktiviti bimbingan dan kaunseling serta kecemerlangan akademik).
Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan pelaksanaan aktiviti di atas adalah seperti berikut:
1. urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid serta guru pengiring;
2. perolehan/penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna;
3. pembelian dan penyelenggaraan peralatan kokurikulum sekolah;
4. pemberian wang saku kepada murid dalam kadar yang munasabah (bagi tujuan makan minum semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti);
5. pembayaran yuran pendaftaran/penyertaan; dan pembelian hadiah aktiviti.
Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP) (Kertas Ujian)
Perolehan/penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna untuk penyediaan kertas ujian dalaman dan lembaran kerja.
Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP) (Sukan Tahunan Sekolah)
Perbelanjaan bagi menampung pengelolaan sukan tahunan sekolah seperti:
1. urusan makan minum, sewaan dan pengangkutan;
2. perolehan/penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna;
3. pembelian cenderahati, pingat dan piala; dan
4. bayaran kepada pengadil luar. Sekiranya peruntukan masih berbaki setelah sukan tahunan sekolah dilaksanakan, baki tersebut dibenarkan dibelanjakan untuk aktiviti sukan yang lain.
Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP) (Kegiatan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral)
Aktiviti berkaitan pendidikan Islam (bagi murid beragama Islam) dan aktiviti berkaitan pendidikan moral (bagi murid bukan beragama Islam). Perbelanjaan yang meliputi:
1. urusan makan minum, sewaan dan pengangkutan;
2. perolehan/penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna; dan
3. bayaran kepada penceramah luar.
Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP) (Yuran MSSM)
Perbelanjaan bagi pengelolaan kejohanan sukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Pindah Peruntukan
  1. Pengurus Sekolah dibenarkan membuat pindah peruntukan di antara kumpulan PCG Mata Pelajaran sahaja.
    2. Lain-lain pindahan adalah tidak dibenarkan melainkan dengan kelulusan Ketua PTJ.
    3. Peruntukan yang telah dipindah keluar tidak dibenarkan pindah masuk semula atau sebaliknya bagi satu tahun kewangan.
    4. Oleh itu, sebelum pindah peruntukan dibuat, Pengurus Sekolah hendaklah memastikan baki yang tinggal selepas pemindahan adalah mencukupi untuk menampung keperluan sehingga akhir tahun.
    5. Pindah peruntukan perlu menggunakan Borang Permohonan Pindah Peruntukan Bantuan Persekolahan Borang VPCG. (Rujuk Bab G).
RUJUK PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 8/2012
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PERUNTUKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KE SEKOLAH BERDASARKAN PER KAPITA DAN ENROLMEN MURID

TINDAKAN AKHIR TAHUN SISTEM ESPKWS

TINDAKAN HUJUNG TAHUN:

1⃣   Penutupan PWR
✅ Tutup sekali lagi pd 31.12
satelah rekupmen terakhir.
✅ Jana buku tunai terimaan dan
bayaran
2⃣   Masuk id gb/pengetua:
✅ Modul daftar bil…sah daftar bil
✅ Modul penutupan…tutup buku
tunai. Keluar sistem.
3⃣   Masuk id penyedia:
✅ Cetak buku tunai dan daftar bil Disember.
✅ Penyediaan Sijil PWR
✔ Pilih akaun dimana asal PWR (rujuk KKK)
✔Modul Pwr……Penyediaan Sijil
Perakuan PWR. Masukkan
amaun di (a)…..simpan
4⃣   Masuk id gb/pengetua
✅ Pengesahan Sijil PWR…..sah
5⃣   Masuk ID penyedia
✅ Modul bayaran…..daftar no. baucer,
tutup utk tahun ini dgn klik ⛔
(Pastikan sudah tiada bayaran….
daftar semula esok 1.1. untuk
tahun berikutnya)
✅ Modul laporan:
✔ Semak KKK, imbang ke tidak
Jika tak imbang….semak/jana
Penyata terimaan, pendapatan.
✔ Semak nota kepada akaun.
Pastikan semua maklumat
berkaitan ada. Perlu diberi
perhatian kepada KWT…..baki
pada 1.1. Jika kosong…..jana
semula penyata penerimaan,
pendapatan.
6⃣   CETAK SEMUA DALAM MODUL
LAPORAN.
7⃣   BUAT SURAT KE BANK MOHON SIJIL
BAKI BANK PADA 31.12

TINDAKAN AWAL TAHUN SISTEM ESPKWS

TINDAKAN AWAL TAHUN

✅ DAFTAR NO. BAUCER UNTUK TAHUN
SEMASA
✅JANA BUKU TUNAI JANUARI, (Tahun Semasa)
✅DAPATKAN PENYATA BANK
DISEMBER DLM MINGGU KEDUA
BULAN JANUARI JIKA BELUM
DITERIMA.
✅SEDIAKAN PENYATA PENYESUAIAN
BANK BULAN DISEMBER.
✅PASTIKAN SEMUA DLM MODUL
TERIMAAN DICETAK, LENGKAP.
✅HANTAR PENYATA KEWANGAN
TAHUNAN KE PEJABAT AUDIT
SEKOLAH SEBELUM 28.02

PANDUAN PENGHANTARAN PENYATA AUDIT KE PEJABAT AUDIT SEKOLAH AWAL TAHUN YANG GUNA SISTEM ESPKWS

Penyata ke Bahagian Audit Sekolah Kedah (BAS)

👉Surat Iringan (buat sendiri)
👉Perakuan Pengetua GB (buat sendiri)
👉Sijil Perakuan PWR
👉Kunci Kira-Kira
👉Penyata Pendapatan / Perbelanjaan
👉Penyata Penerimaan / Pembayaran
👉Nota Kepada Akaun
👉PPB Bulan Dis
👉Lampiran PPB Bulan Dis
👉Salinan Penyata Bank Dis
👉Buku Tunai Bulan Dis

PANDUAN PENUTUPAN AKAUN SPKWS SETIAP HUJUNG BULAN

🔥 PERINGATAN MESRA ðŸ”¥


PENUTUPAN AKAUN SETIAP BULAN
Penyedia
▶ Jana Buku Tunai Terimaan bulan semasa > Modul terimaan > Buku Tunai terimaan sekolah > pilih bulan semasa > Cetak dan simpan dalam fail.
▶ Jana Buku Tunai Bayaran bulan semasa > Modul bayaran > Buku Tunai Bayaran Sekolah > pilih bulan > Cetak dan simpan dalam fail.
▶ Semak Kunci Kira-Kira ( Pastikan Imbang )
Pelulus
▶Sah Penutupan Bulanan Bulan semasa > Modul penutupan > penutupan bulanan > Pilih bulan penutupan dan sahkan.
▶Sah Pengesahan Daftar Bil Bulan semasa di modul Daftar Bil > Pengesahan Daftar Bil > Pilih bulan semasa dan sahkan.
Pastikan semua akaun Kerajaan, Suwa dan Akaun Asrama dibuat penutupan pada hujung bulan.
Semak semua akaun yang ada dan kunci kira-kira pastikan imbang.
SEMOGA BERJAYA…

SUSUNAN DAN SEMAK BAUCER BAYARAN

SUSUNAN DAN SEMAKAN BAUCER BAYARAN:

1              BAUCER BAYARAN:
✅Cop ‘TELAH BAYAR’
✅Maklumat pembekal, perihal lengkap

2              INVOIS
✅Bertarikh
✅Cop terima bertarikh
✅Cop ‘TELAH BAYAR’
✅Diperaku penerima (tt, nama, jawatan)
✅Diperakui Pengetua/Guru Besar
✅Tandatangan pembekal (cap ori pembekal jika tandatangan digital)

3              PESANAN SEKOLAH
✅Lampiran LO jika perlu
✅Cap terima
✅Cap ‘TELAH BAYAR’
✅Maklumat lengkap termasuk tarikh diperlukan.
✅Kelulusan PGB , tt dan bertarikh
✅Jenis peruntukan dinyatakan
✅Rujukan nota minta
✅Potong jika tak berkaitan pada yg bertanda *
✅Perakuan pembekal lengkap
✅Perakuan stok, tt penerima
✅Salinan ketiga berwarna hijau di cop TELAH BAYAR dan tandatangan/cap penyedia baucer.

4              NOTA MINTA:
✅Ada no.rujukan, bertarikh
✅Maklumat peruntukan dan baki
semasa
✅Tandatangan pemohon dan PGB
✅Cop TELAH BAYAR

5              DOKUMEN SOKONGAN
✅Cop TELAH BAYAR di tiap helaian bercetak.
✅Jika salinan, disahkan tiap helaian bercetak
6              SALINAN CEK (disahkan) DAN RESIT BAYARAN di cap TELAH BAYAR. Untuk jimat kertas, fotostat cek dlm kertas A4 di bahagian  atas, Diruang kosong dibawah lekatkan resit bayaran bagi resit yg bersaiz kecil.